Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh….. *10 AYAT TENTANG MORAL dalam AL-QURAN* Terkadang seorang muslim bingung mencari solusi tentang masalah moral dan akhlak masyarakat. Padahal dengan merenungi dan mengaplikasikan ajaran Al-Qur’an, mereka dapat mengatasi berbagai persoalan besar dalam tubuh umat ini. Dengan merenungkan dan mendalami makna ayat-ayat Al-Qur’an maka kita akan temukan ajaran akhlak, kasih dan cinta yang begitu dalam dan luas. Berikut ini adalah sekelumit ayat-ayat tentang moral dan akhlak dalam Al-Qur’an : 1. *Sabar* يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اصْبِرُواْ وَصَابِرُواْ “Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu.” ۞ (QS.Ali Imran:200) 2. *Amanah* إِنَّ اللّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤدُّواْ الأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا “Sungguh, Allah Menyuruhmu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya.” ۞ (QS.an-Nisa’:58) 3. *Memberi Maaf* فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاصْفَحْ إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ “Maka maafkanlah mereka dan biarkan mereka. Sungguh, Allah Menyukai orang- orang yang berbuat baik.” ۞ (QS.al-Ma’idah:13) 4. *Kejujuran* يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلاً سَدِيداً “Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah perkataan yang benar.” ۞ (QS.al-Ahzab:70) يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اتَّقُواْ اللّهَ وَكُونُواْ مَعَ الصَّادِقِينَ “Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah, dan bersamalah kamu dengan orang-orang yang benar.” ۞ (QS.at-Taubah:119) 5. *Istiqomah* فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَن تَابَ مَعَكَ “Maka tetaplah engkau (Muhammad) (di jalan yang benar), sebagaimana telah diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang bertobat bersamamu.” ۞ (QS.Huud:112) 6. *Syukur* فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُواْ لِي وَلاَ تَكْفُرُونِ “Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan Ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku.” ۞ (QS.al-Baqarah:152) 7. *Lemah Lembut* فَقُولَا لَهُ قَوْلاً لَّيِّناً لَّعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَى “Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya (Fir‘aun) dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan dia sadar atau takut.” ۞ (QS.Thaha:44) 8. *Tawadhu’* وَاخْفِضْ جَنَاحَكَ لِمَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ “Dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang beriman yang mengikutimu.” ۞ (QS.asy-Syuara’:215) 9. *Menebar Kebaikan* وَأَحْسِن كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ “Dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah Berbuat baik kepadamu.” ۞ (QS.al-Qashas:77) 10. *Berbakti kepada orang tua* وَقَضَى رَبُّكَ أَلاَّ تَعْبُدُواْ إِلاَّ إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَاناً “Dan Tuhan-mu telah Memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada kedua orang tua.” ۞ (QS.al-Isra’:23) Mari sediakan sedikit waktu kita untuk merenungi ayat-ayat suci Al-Qur’an. Karena setiap ayatnya memberi petunjuk dan solusi untuk berbagai masalah kehidupan. Semoga kita termasuk orang-orang yang perhatian dan peduli untuk mengamalkan pesan suci Al-Qur’an, Aamiin Yaa Robbal `alamiin …. 🤲 Barakallahu fiikum.. Semoga bermanfaat… #KhazanahAlquran…. SN17G1A9 MQRF °°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Category Archives: Uncategorized
Istimewa.
*Apa Istimewanya Hari Jumaat Bagi Muslimin Muslimat?*
Keistimewaan hari Jumaat banyak disampaikan dalam beberapa hadis dari Rasulullah SAW.
“Hari paling baik dimana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaat, pada hari itu Adam diciptakan, dan pada hari itu pula Adam dimasukkan ke dalam surga, serta diturunkan dari surga, pada hari itu juga kiamat akan terjadi, pada hari tersebut terdapat suatu waktu dimana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintaannya,” (HR. Muslim)
Dari hadis di atas dapat kita ketahui betapa isitimewanya hari Jumaat. Sehinggakan Nabi SAW mengatakan jika seorang mukmin solat dan mengharap kebaikan pada hari itu, pasti Allah SWT mengabulkannya.
Allahuakbar.
Rahsia.
Rahsia Songkok Melayu
Apabila terjumpa card lama ini saya terus scan dan menyimpannya, kerana ia membawa satu kenangan manis di Mesir , disamping membuka satu pintu rahsia besar.
Ramai orang yang apabila sudah menuntut ilmu agama agak banyak sedikit , sudah tidak mahu pakai songkok Melayu lagi…entah kenapa…wallahu a’lam.
Saya ada terdengar juga ada beberapa individu mengatakan…mereka kata tak de sunnah nabi pakai songkok Melayu, ada yang mengatakan tak dapat sunnah berpakaian putih, dan macam macam lagi….eh eh…dulu waktu zaman jahiliah sungguh sungguh pakai songkok pergi ngaji, sekarang sudah ‘pandai’ talak 3 songkok Melayu..!!
Hari ini , sempena jumpa card saya bersongkok Melayu di Mesir, saya nak kongsi satu cerita menarik – rahsia yang lama hampir terkubur, akibatnya saya tidak lagi tinggalkan songkok Melayu sesaat pun dalam hari hari dalam penghidupan saya.
Pada tahun 1991, di kota Cairo, kawasan Hussein selepas mengaji dengan Sheikh Mustafa Imbabi, ketika menunggu di perhentian bas memakai songkok Melayu, jika tidak silap bas no 250. Saya terperasan ada seorang tua bertongkat asyik melihat-lihat saya , sekejap sekejap, seolah olah ada sesuatu dalam diri saya yang beliau ingin tegur, mulalah saya cek pakaian saya mungkin ada kotoran atau koyak atau sesuatu yang tak saya ketahuinya.
Orang tua itu mendekati saya sambil memberi salam, dia kenalkan dirinya Husam asal orang Turkey dan tanya nama saya asal usul saya, buat apa di Mesir…..
Husam, 73 tahun bertongkat itu , seolah olah merasa satu kepuasan bila minta dari saya untuk melihat lebih dekat songok yang saya pakai, dia membelek belek songkok itu sambil bertasbih, tahmid, banyak lagi bacaan bacaan yang dibaca , seolah olah terharu dengan songkok itu…saya lihat airmatanya pun penuh…ini mungkin songkok dia hilang kot ( sangkaan saya sahaja )
Sebelum saya sempat bertanya kepadanya kenapa, dia terus mengambil nadah suara tegas sambil berkata ( dalam bahasa pasar Mesir ) :
‘Lihat dan dengar saya, inilah dia songkok tentera berkuda Sultan Muhamad Fatih yang membuka kota konstinaple ( ISTANBUL ), waktu saya 10 tahun datuk saya mengatakan, nampaknya songkok yang bersejarah ini sudah tidak dapat sambutan dengan keluarnya tren baru berbentuk bulat ( tarbus ).’
‘Beliau bertanya “macamana engkau boleh dapat dalam keadaan baru dan baik buatannya, yang saya simpan ( di turkey ) sudah terlalu usang.? “‘
Saya pun mula bercerita kepadanya songkok Melayu itu pakaian datok nenek kita dulu….
Sampailah perbualan ringkas itu membuahkan hasil, iaitu….. adalah satu kepastian tentera berkuda Osmaniyah Turkey pada abad ke 16 masehi turut serta dalam peperangan dengan Majapahit membantu wali songo dalam membuka kota Demak.
Pakaiannya termasuk songkoknya di ambil Sultan sultan Nusantara kita dijadikan pakaian kebangsaan rasmi sebagai tanda penghargaan orang Melayu kepada tentera Osmaniyah.
Jadi …
1- Songkok Melayu bukan adat Melayu sahaja, tetapi disebaliknya ada tersemat darah semangat juang tentera Aswaja.
2- Ketika ini saya tak lihat putih itu sunnah atau tidak sebab hitam ini lah yang selamatkan putih kamu.
3- Dalam usul fiqih istilah sarban di definasikan kain yang terlilit keliling kepala…saya lihat songkok Melayu semuanya adalah kain yang telilit keliling kepala, maka siapa memakainya dapat pahala pakai sarban juga.
4-Dalam hadith akhir zaman kitabal-isya’ah , ada membawakan beberapa hadith tentera Islam yang hebat yang datang sebelum imam mahdi di akhir masyriq ( far east ) selepas membawa riwayat menyebut bendera hitam sebagai panji panjinya, penyusun kitab membawakan kemungkinan besar panji panji yang dimaksudkan bukan bendera tetapi adalah songkok songkok mereka, kerana wujudnya lafaz hadith yang berbunyi : qalanisuhum suud : songkok songkok mereka berwarna hitam.
5- Ada jamaah tabligh yang pergi keluar dakwah ke India, dan ingin duduk disana lama, di suruh pulang maulana maulana mereka. Saya bertanya kepada jamaah ini, kenapa disuruh pulang , tak boleh tinggal disana? kata mereka : Maulana cakap, banyak Auliya dinampakkan dalam rukyah solihah mereka Islam akan bangkit dari Nusantara Melayu dan pakaian yang mereka sempat melihat dalam rukyah tersebut songkok songkok melayu.
6- Kerajaan Osmaniyah sudah jatuh tetapi pakaian dan logonya masih dipakai terus kaum muslimin seluruh dunia, apakah artinya itu…? apakah benar benar Osmaniyah telah jatuh ? atau masih berfungsi ? Pakaiannnya songkok melayu dan bintang bulan adalah logonya ( di atas masjid masjid ).
7- Kerajaan Islam Berdaulat Aswaja masih wujud, lihat sahaja negeri Brunei, masih berdaulat , terlindung dalam pemeliharaan Allah, Sultan mereka masih memakai songkok sambung menyambung sehingga zaman Sultan Muhamad Fatih…satu satunya negeri yang tiada arak dan judi, tiada gangguan dari kaum khawarij dan syiah rafidhi.
Sekian sahaja.
Robin Wang. – Alhamdullilah.
Makan.
Assalamalaika.
Biasakan yang betul. – Betulkan yang biasa. In Shaa Allah.
Cv89
jss222 – Orang
Perintah.
Perintah ini dikeluarkan oleh RAJA.
RAJA yang memiliki Langit dan Bumi (ALLAH)
- Hari ini semua hotel Las Vegas, kelab kasino terbesar di dunia, telah ditutup .. !! Dengan perintah ALLAH.
- Hari ini, jalan-jalan pelacuran di Amsterdam telah ditutup, yang pendapatan melebihi $10 bilion setahun .. !! Dengan perintah ALLAH.
- Hari ini semua negara di dunia telah menutup kelab-kelab bogel, gay, kelab malam, bar dan banyak restoran .. !! Dengan perintah ALLAH.
- Hari ini, bilangan terbesar pesawat sepanjang sejarah terdampar di tanah … !! Dengan perintah ALLAH.
- Trump hari ini mengumumkan bahawa kadar faedah akan dikurangkan menjadi sifar … iaitu menghilangkan riba .. !! Dengan perintah ALLAH.
- Hari ini, Putin membincangkan dengan Bashar, menghentikan perang di Syria. Dengan perintah ALLAH.
- Hari ini seluruh dunia memakai hijab dan mencari niqab kerana takut virus yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Dengan perintah ALLAH.
- Hari ini, bursa saham kehilangan $2 trilion dalam dua minggu ! !!
Dengan perintah ALLAH. - Seluruh dunia sedang mencari pembebasan .. !!
- Dimana orang-orang yang menganggap mereka mampu .. ?
Di mana orang-orang yang kuat, sombong dan atheis yang menafikan kewujudan Tuhan?
Di mana kegelapan, penjenayah dan orang munafik?
Di mana sekular dan liberal?
Di manakah penyembah selain ALLAH?!
- Suara mereka tidak kedengaran lagi …
Firman Allah:-
لمن الملك اليوم لله الواحد القهار
“Siapakah yang menguasai kerajaan pada hari ini ??
ALLAH menjawab, mafhum-Nya
Di-Kuasai oleh ALLAH Yang Maha Esa lagi yang mengatasi kekuasaan segala-galanya.
Firman-Nya lagi, bermaksud :-
“Jika Kami mahu tentulah Kami akan turunkan kepada mereka satu mukjizat dari langit, yang menjadikan mereka tunduk.”
MARI KITA MUHASABAH DIRI DAN MEMOHON KPD RAHMAT ALLAH, SEMOGA ALLAH MEMAJUKAN DIRI KITA DENGAN DUNIA DAN MEMAJUKAN AKHIRAT KITA DENGAN KETAQWAAN.
AAMIINNN….YRA…




