Perintah.

Perintah ini dikeluarkan oleh RAJA.

RAJA yang memiliki Langit dan Bumi (ALLAH)

  1. Hari ini semua hotel Las Vegas, kelab kasino terbesar di dunia, telah ditutup .. !! Dengan perintah ALLAH.
  2. Hari ini, jalan-jalan pelacuran di Amsterdam telah ditutup, yang pendapatan melebihi $10 bilion setahun .. !! Dengan perintah ALLAH.
  3. Hari ini semua negara di dunia telah menutup kelab-kelab bogel, gay, kelab malam, bar dan banyak restoran .. !! Dengan perintah ALLAH.
  4. Hari ini, bilangan terbesar pesawat sepanjang sejarah terdampar di tanah … !! Dengan perintah ALLAH.
  5. Trump hari ini mengumumkan bahawa kadar faedah akan dikurangkan menjadi sifar … iaitu menghilangkan riba .. !! Dengan perintah ALLAH.
  6. Hari ini, Putin membincangkan dengan Bashar, menghentikan perang di Syria. Dengan perintah ALLAH.
  7. Hari ini seluruh dunia memakai hijab dan mencari niqab kerana takut virus yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Dengan perintah ALLAH.
  8. Hari ini, bursa saham kehilangan $2 trilion dalam dua minggu ! !!
    Dengan perintah ALLAH.
  9. Seluruh dunia sedang mencari pembebasan .. !!
  10. Dimana orang-orang yang menganggap mereka mampu .. ?

Di mana orang-orang yang kuat, sombong dan atheis yang menafikan kewujudan Tuhan?

Di mana kegelapan, penjenayah dan orang munafik?

Di mana sekular dan liberal?

Di manakah penyembah selain ALLAH?!

  • Suara mereka tidak kedengaran lagi …

Firman Allah:-
لمن الملك اليوم لله الواحد القهار

“Siapakah yang menguasai kerajaan pada hari ini ??

ALLAH menjawab, mafhum-Nya
Di-Kuasai oleh ALLAH Yang Maha Esa lagi yang mengatasi kekuasaan segala-galanya.

Firman-Nya lagi, bermaksud :-

“Jika Kami mahu tentulah Kami akan turunkan kepada mereka satu mukjizat dari langit, yang menjadikan mereka tunduk.”

MARI KITA MUHASABAH DIRI DAN MEMOHON KPD RAHMAT ALLAH, SEMOGA ALLAH MEMAJUKAN DIRI KITA DENGAN DUNIA DAN MEMAJUKAN AKHIRAT KITA DENGAN KETAQWAAN.

AAMIINNN….YRA…

Advertisement

Crush the curve.

Tahniah PN menjadi ikutan USA

Perangi Covid19… Malaysia memimpin dunia

SEMALAM sebelum tidur, saya membaca tulisan bekas Presiden Akademi Sains Amerika Syarikat serta pro chancellor Universiti Harvard Dr Harvey Fineberg di https://www.livescience.com/can-covid-19-be-crushed.html

Beliau saintis terkemuka, ketua para saintis, menulis langkah-langkah yang perlu diambil Amerika Syarikat untuk CRUSH THE CURVE bukan hanya ‘flattening the curve’ di negara tersebut.

Dr Harvey Fineberg menulis selepas ibu kota New York menjangkakan mereka terpaksa memilih pesakit yang perlu di selamatkan selepas tidak cukup ventilation untuk pesakit covid19 yang meningkat dengan mendadak.

Tulisnya “Matlamatnya bukan hanya untuk meratakan tetapi menghancurkan lengkungan. Menurutnya Amerika Syarikat memerlukan 10 minggu untuk menghancurkan lengkungan tersebut dan menetapkan enam langkah untuk diambil.

Ketika saya membaca enam langkah tersebut, saya perasan, satu persatu sebenarnya dilaksanakan di Malaysia sejak pertangahan bulan Mac lagi.

Malaysia yang memang dikenali sebahagai antara negara yang mempunyai sistem kesihatan terbaik dunia, mendahului dari segi perlaksanaan langkah mengawal Covid19.

Apa enam langkah tersebut?

Pertama beliau mencadangkan Presiden Amerika, Trump perlu melantik seorang komander bukan “penyelaras,” yang mempunyai kuasa “untuk menggerakkan setiap aset awam dan tentera yang diperlukan untuk memenangi perang ini”

Setiap gabenor (menteri besar atau ketua menteri) juga perlu melantik seorang komander yang mempunyai kuasa serupa di peringkat negeri. “Jika kita tidak mempunyai struktur arahan dengan orang yang bertanggungjawab yang boleh mengerakkan dan membuat pilihan strategik, maka saya fikir kita tidak boleh melaksanakan dengan jayanya,”

Dan di Malaysia komander kita yang dilantik oleh Perdana Menteri dan mengikut undang-undang sedia ada untuk memerangi Covid19 adalah MENTERI KESIHATAN.

Jika kita lihat hari ini, Menteri Kesihatan Dr Adham Baba yang mengarahkan polis dan tentera juga MKN dalam perang melawan covid. Punca kuasa adalah Akta Penyakit dan Kawalan Penyakit 1988. Jelas ia adalah komander bukan penyelaras.

Arahan MENTERI KESIHATAN untuk mengenakan PKP, mengetatkan PKP, mengarahkan tentera membantu polis, mewartakan kawasan-kawasan kuaratin dan lain-lain.

Selain itu, PM Muhyiddin juga meneruskan kuasa kepada MB dan KM negeri-negeri untuk mengetuai operasi di negara masing-masing. Seperti yang kita lihat sejak pertengahan Mac.

KEDUA cadangan Dr Harvey Fineberg adalah Amerika perlu menjalankan berjuta-juta ujian diagnostik dalam dua minggu akan datang. “Ujian adalah bentuk kecerdasan kita” dalam pengertian tentera.

Malaysia mulai awal April telah membuat saringan pada kadar 16,000 sehari dan keupayaan ini sedang dipergiatkan dengan memperbanyakkan makmal dan memaksimumkan penggunaannya.

KETIGA, semua pekerja penjagaan kesihatan harus memiliki akses ke peralatan perlindungan pribadi (PPE) yang cukup, kata Fineberg. “Kami tidak boleh menghantar askar ke medan pertempuran tanpa gear,”

Malaysia menambah peruntukkan kepada Kementerian Kesihatan sebanyak RM1.5 billion sejak krisis ini bermula pada Februari lalu. Termasuk RM1billion yang diluluskan PM Muhyiddin minggu lepas.

KEEMPAT, cadangan saintis terkemuka ini adalah rakyat perlu dibahagikan kepada lima kumpulan.

Ini termasuk:

  1. Mereka yang dijangkiti
  2. Mereka yang dianggap dijangkiti berdasarkan gejala
  3. Mereka yang terdedah kepada seseorang pesakit
  4. Mereka yang tidak diketahui telah terdedah atau dijangkiti
  5. Mereka yang pulih

Orang-orang dalam dua kumpulan pertama dimasukkan ke hospital -jika sangat sakit, atau yang bergejala sederhana dan ringan diletakkan di “infirmaries” (seperti pusat konvensyen yang ditukar). Orang yang terdedah kepada COVID19, tetapi belum menunjukkan gejala, mungkin dikuarantin di hotel selama dua minggu.

Nampak tak bagaimana KKM menukar MEAPS menjadi hospital 600 katil untuk yang bergejala sederhana serta ringan, untuk memberi ruang kepada hospital menempatkan mereka yang ‘sakit berat’.

Manakala semalam Menteri Kesihatan mewartakan 48 hotel sebagai Pusat Kuantin tambahkan kepada lebih 100 pusat latihan yang telah diwartakan sebelum ini.

KKM dan MKN sedang mempersiapkan senario untuk mengasingkan rakyat sebagai langkah menghancurkan lengkungan.

KELIMA, kempen perlu dipergiat untuk “menggerakkan orang awam” dalam memerangi coronavirus. “Setiap orang mempunyai bahagian” dan penting untuk belajar dari pengalaman sebenar – sebagai contoh, apabila kita mula membuka kembali pejabat dan kedai dan mewujudkan peraturan baru sewajarnya.

Jika semua orang memakai topeng, orang yang dijangkiti tetapi belum menunjukkan tanda-tanda akan kurang menyebarkan penyakit!

KEENAM penyelidik harus meneruskan penyelidikan “real-time” COVID19 untuk mengkaji soalan-soalan seperti SIAPA mempunyai risiko kematian yang lebih tinggi daripada penyakit itu dan sama ada mereka yang belum mencegah virus itu supaya orang ramai dapat kembali bekerja dengan selamat dalam keadaan tertentu.

“Masyarakat yang berbeza akan berada di peringkat kejayaan dan kesediaan yang berlainan,” kata Fineberg. Kita dapat melihat betapa baik dan selamat strategi tertentu dalam perlaksanaan dan kemudian “mengkritiknya untuk diperbaiki dan dilaksanakan di seluruh negara”

KKM telah mengumumkan bahawa mereka melaksanakan audit untuk melihat sebab-sebab kematian semua pesakit covid yang diketuai oleh Dr Chris.

Nampak… apa yang Malaysia buat dicadangkan untuk dibuat oleh ketua saintis terkemuka kepada kerajaan Amerika dan macam biasalah, orang putih ini tidak mahu kalah, untuk mengetakan mereka belajar daripada negara membangun macam Malaysia.

Tapi yang nyata, samada kita nak akui atau tidak, kerajaan Malaysia berada di atas landasan yang tepat dan memimpin dunia menangani Covid19.

Tahniah… 5/4/2020 -Helme Hanafi